PEMBENTANGAN 1:
TAJUK: ‘MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN JAWI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4EA/PD1 MELALUI TEKNIK MENTOR MENTEE’
NAMA PEMBENTANG: Nurul Syuhada Mohd Muzni, Norbasirah Saodi dan Ahmad Fadli Mokhtar.
Persoalan kajian tersebut :
Sampel kajian :
Metodologi :
Pengumpulan data :
Implikasi kajian :
TAJUK: ‘MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN JAWI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4EA/PD1 MELALUI TEKNIK MENTOR MENTEE’
NAMA PEMBENTANG: Nurul Syuhada Mohd Muzni, Norbasirah Saodi dan Ahmad Fadli Mokhtar.
Persoalan kajian tersebut :
Sejauh manakah pelajar-pelajar mengenal huruf-huruf Jawi? Dan, sejauh manakah pelajar-pelajar boleh menguasai kemahiran menulis huruf Jawi?
Sampel kajian :
Kajian dilakukan kepada 6 orang pelajar yang lemah dari tingkatan 4ea/pd1 dari SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka.
Metodologi :
1) Refleksi- kenalpasti pelajar yang lemah penguasaan jawi
2) Perancangan-Menggunakan teknik mentor mentee
3)Tindakan- Membimbing dan memantau pelajar yang lemah
4)Pemerhatian- Terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi
Pengumpulan data :
1)Ujian Saringan- memberi lembaran kerja dalam tulisan jawi
2)Pemerhatian- -dilakukan terhadap tingkah laku pelajar sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan
3)Temubual- Sebelum dan selepas teknik mentor mentee dijalankan dan dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik yang digunakan.
Implikasi kajian :
1)Dapat membimbing pelajar dengan cara lebih dekat (mesra pelajar)
2)Pelajar lebih seronok untuk menguasai jawi kerana hubungan pelajar dan guru rapat
3)Pelajar lebih seronok dan tidak malu untuk bertanya kerana belajar bersendirian dengan guru
4) membuatkan pelajar yang lemah dan tidak tahu mengenai tulisan jawi semakin mengenali tulisan jawi tersebut.
Apa yang sy dapat pelajari daripada kajian tersebut ialah kaedah mentor-mentee ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang lemah di samping dapat mendekatkan lagi antara guru dan pelajar . Selain itu, kaedah mentor mentee ini boleh dibuat dengan menggunakan rakan pelajar sebagai mentor serta menggunakan sistem ganjaran iaitu memberi ganjaran kepada pelajar lemah yang dapat mengenali tulisan jawi dan juga kepada mentor pelajar lemah tersebut supaya pelajar lebih seronok serta termotivasi untuk belajar dan berkerjasama. Teknik mentor mentee ini juga boleh diaplikasikan dalam matapelajaran yang lain juga.
Pembentangan 2:
Tajuk:PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN TIGA BANDAR BARU BANGI TERHADAP PERMAINAN, MOTIVASI DAN KEBERKESANAN ULANGKAJI MELALUI PEMBELAJARAN KOLABORATIF. PERMAINAN DAM ULAR"Tajuk:LimJovinia Jowinis & Zaleha Mohd Jaafar.
Persoalan kajian :
1. Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap permainan dam ular di dalam aktiviti ulangkaji subjek sejarah dan Pendidikan Islam.
2. Bagaimanakah motivasi pelajar apabila menjlankan aktiviti ualngkaji menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular?
3. Bagaimanakah keberkesanan pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular di dalam aktiviti ulangkaji pelajar?
Metodologi :
Kajian ini menggunakan model Kemmis iaitu ada 4 fasa iaitu :
1) Perancangan
2)Tindakan
3)Pemerhatian
4)Refleksi
Setting kajian :
Kajian dilakukan di SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi
Sampel kajian :
Kajian dilakukan kepada 83 orang pelajar timgkatan 4.
Pengumpulan data :
1)Pemerhatian melalui video dan gambar
2)Kajian soalselidik
Implikasi kajian :
1)Dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek ang diajar.
2)Pelajar lebih seronok kerana melalui permainandan ianya tidak membosankan dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar
3)Dapat meningkatkan penglibatan para pelajar.
4) Pelajar dapat bekerjasama dalam membincangkan jawapan kepada soalan yang diberi.
Apa yang saya dapat pelajari daripada kajian tersebut ialah kaedah kolaboratif dengan menggunakan permainan seperti permainan dam ular ini merupakan satu kaedah yang sangat sesuai digunakan kerana ianya dapat menarik minat pelajar dan ianya dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan. Pelajar juga lebih tertarik dengan pembelajaran yang berasaskan permainan yang mana mereka lebih enjoy dan bebas. Di samping itu juga, mereka juga dapat memupuk kerjasama antara satu sama lain dalam bermain.