Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 MINI KT

Tajuk : Grafik dan Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di dalam Kelas.



KERANGKA TEORITIKAL

1) TEORI VYGOTSKY
  • Menggunakan faktor transmisi sosial iaitu belajar daripada orang lain. Kami mengaplikasikannya di dalam mini kajian tindakan kami dengan menggunakan grafik atau video kepada pelajar berkenaan sesuatu matapelajaran (Bahasa Melayu, matematik dan Kemahiran Hidup) supaya mereka dapat melihat sesuatu situasi agar mereka dapat belajar melalui orang lain atau video tersebut. 
  • Membuat pelajar belajar melalui penerokaan, menguji dan memerhati dan akhirnya menyusun maklumat. pelajar akan melihat dan meneroka grafik atau gambar yang ditunjukkan oleh guru, menguji serta memerhatikannya untuk lebih memahami apa yang diajarkan oleh guru.
  • Mengaplikasikan adaptasi dan equilibrasi. Adaptasi diaplikasikan dengan pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada atau melalui grafik atau gambar tersebut, pelajar dapat memahami sesuatu fenomena/ situasi/matapelajaran tersebut. Kemudian mereka dikehendaki mengubahsuai dan memperkembangkan lagi pemikiran atau pengetahuan mereka supaya mereka dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan sebenar.(equilibrasi)

KERANGKA OPERATIONAL


Di dalam kajian kami, kami menggunakan kombinasi lambang-lambang, gambar-gambar, simbol, huruf,angka,perkataan,lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberikan konsep dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi grafik
  • Grafik ialah kombinasi lambang-lambang, gambar-gambar, simbol, huruf,angka,perkataan,lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberikan konsep dan idea daripada pengirim kepada sasarannya dalam proses penyampaian maklumat.
  • Grafik ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberikan satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik berasal daripada perkataan "graphikos" yang bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.
Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan
  • Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas.
Ciri-ciri Grafik Yang Berkesan
  • Mudah dan jelas di baca dan difahami.
  • Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah.
  • Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat di dalam visual.
  • Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat di dalam visual.
KERANGKA KONSEPTUAL







AKTIVITI 12 : PEMURNIAN

Setelah di murnikan, kami telah menukar tajuk daripada "PENGGUNAAN GRAFIK DAN VIDEO DAN SUBJEK BAHASA MELAYU, MATEMATIK DAN KEMAHIRAN HIDUP" kepada "GRAFIK DAN VIDEO DALAM PROSES PnP DI DALAM KELAS"..


Kami juga membuang perkataan matapelajaran yang akan kami nilai kepada proses PnP kerana ianya lebih jelas dan umum.





Tajuk :
“Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam bilik Darjah.”


.:: PERMASALAHAN KAJIAN ::.
Cara pengajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup yang konvensional agak membosankan pelajar. Kebiasaannya guru memperbetulkan kesalahan yang dibuat oleh pelajar di dalam buku kerja dan hanya pelajar pelajar tersebut sahaja yang mengetahui kesalahan yang telah dilakukan. Jadi, dengan menggunakan grafik dan gambar menjadikan pengajaran lebih menarik dan merangsang deria penglihatan, pendengaran serta minda pelajar. Pembelajaran lebih bersifat perbincangan dan disertakan dengan grafik-grafik menarik supaya pelajar tidak mudah bosan.


.:: MATLAMAT ::.
Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup.


.:: OBJEKTIF KAJIAN ::.
Menilai penglibatan secara aktif di dalam kelas semasa matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup
Menilai pencapaian akademik pelajar meningkat dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup


.:: PERSOALAN KAJIAN ::.
Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatkan penglibatan pelajar?
Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar?


.:: SAMPEL KAJIAN ::.
Pelajar dalam kelas Matematik, Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup


.:: SETTING KAJIAN ::.
Di dalam bilik darjah

AKTIVITI 11: TUGASAN 2 JURNAL

JURNAL 1:


AN ACTION RESEARCH EXPLORATION INTEGRATING STUDENT CHOICE AND ARTS ACTIVITIES IN SIXTH GRADE SOCIAL STUDIES CLASSROOM oleh Courtney Kosky, West Virginia University.

 PERSOALAN KAJIAN :
1.   Adakah dengan menyatupadukan kesenian dengan pelajaran sosial di sekolah boleh meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar?
2.   Adakah dengan meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar turut dapat meningkatkan pencapaian akademik?

SAMPEL  DAN SETTING KAJIAN:
Pelajar tahun 6 di Sekolah Profesional bekerjasama dengan tenaga pengajar Benedum.

METODOLOGI:
Pelajar telah diberikan 3 projek untuk dilaksanakan. Pembentangan projek berdasarkan pilihan pelajar sendiri dengan menggunakan elemen-elemen seni seperti membuat ilustrasi, membuat cerita dongeng/teladan, lakonan, melukis komik, meyediakan kostum, mencipta lagu dan sajak, membuat persembahan video/power point dan sebagainya.

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:
  1. Jurnal guru – guru merekod mengenai bagaimana setiap aktiviti berjalan pada setiap hari termasuk mengenai penglibatan pelajar di setiap pelajaran dan aktiviti.
  2. Pelajar menilai dengan menggunakan skala 1-10 dan memberi maklumbalas.
  3. Memberi penilaian dan  rubric melalui kuiz, ujian dan lembaran kerja dan lain-lain.
  4. Tinjauan dngan guru member reflect terhadap pengajaran setiap hari.
ETIKA KAJIAN:
Di dalam jurnal guru, penglibatan pelajar direkod dengan memberi kadar atau nombor iaitu 1 untuk Low (pelajar tidak termotivasi dan berminat di dalam kelas seperti tidak aktif atau tidak menjadi sukarela), 2 untuk Average (pelajar berbincang dan menjawab soalan tetapi tidak sepenuhnya terlibat dan tidak sepenuhnya berminat dengan aktiviti dan 3 untuk High (Penglibatan sepenuhnya dan aktif).

RESULT :
Pelajar lebih berminat kerana guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk mempersembahkan maklumat apa yang mereka belajar.
Pencapaian akademik pelajar turut meningkat dengan peningkatan penglibatan pelajar.


JURNAL 2:

TRANSFORMATION OF TEACHER ATTITUDE AND APPROACH TO MATH INSTRUCTION THROUGH COLLABORATIVE ACTION RRESEARCH oleh  Patricia J. Bonner

 PERSOALAN KAJIAN :
Adakah transisi guru ke arah pengajaran secara kolaboratif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik?

SAMPEL DAN SETTING KAJIAN :
2 orang guru yang mengajar matematik yang mengajar gred 5 di sekolah pinggir Bandar di Los Angelas.

METODOLOGI :
Pengkaji telah membuat 15 kali perjumpaan dengan guru-guru tersebut. Antara perkara yang dibincangkan ialah:
  1. Perbincangan tentang masalah penguasaan Matematik
  2. Analisis keputusan ujian Matematik - pencapaian rendah membuktikan kurangnya penguasaan pelajar dalam Matematik
  3. Tinjauan literatur / artikel berkaitan dengan pedagogi - pengkaji menyuruh kedua guru membaca dan menganalisis beberapa artikel tentang pedagogi dan pelbagai pendekatan dalam P&P subjek Matematik.
  4. Tinjauan beberapa strategi dalam proses pengajaran & pembelajaran untuk Matematik dalam artikel Educating Everybody's Children
  5. Tinjauan artikel mengenai kajian tindakan
  6. Pengumpulan data dan refleksi
  7. Rekod komen dan tindak balas daripada pelajar
PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA :
  1. Temubual dengan guru (dalam bulan Jun) - soalan berkaitan persepsi mereka tentang kajian tindakan dan cara pembelajaran mereka
  2. Temubual dengan pelajar
  3. Jurnal dan refleksi guru
  4. Jurnal pelajar
  5. Rekod perjumpaan 15 kali dengan guru-guru
  6. Nota lapangan pengkaji - pemantauan kelas semasa P&P
  7. Kajian kes yang ditulis oleh guru-guru tersebut semasa simposium peringkat negeri
  8. School district proficiency assessment test - Mathematics Application Performance Assessment (MAPA)
  9. Temubual dengan guru-guru tersebut pada tahun berikutnya (untuk melihat kelancaran perlaksanaan kajian)
ETIKA KAJIAN :
Guru memberi 20 soalan tentang asas matematik kepada pelajar yang mana pelajar yang mendapat markah tinggi di ajar oleh Thelma dan markah rendah oleh Rosa. Thelma menggunakan jurnal matematik dan perbincangan selepas pelajar tersebut membuat jurnal dan membuat bagaimana penyelesaian masalah matematik tersebut. Manakala Rosa menggunakan koperatif group dan memberikan permasalahan matematik 2/ 3 kali seminggu. Pelajar akan menyelesaikan sendiri di rumah kemudian membincangkan bersama kumpulan merea dan mempersembahkan kepada kelas bagaimana mereka menyelesaikan maslaah matematik tersebut.

JURNAL 3 :
COLLABORATIVE LEARNING & PEER REVIEWS IN SPECIAL EDUCATION oleh Rachael Hanson

PERSOALAN KAJIAN :
  1. Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan penglibatan pelajar?
  2. Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan pencapaian pelajar?
SAMPEL DAN SETTING KAJIAN :
Setiap sesi pembelajaran melibatkan 2 orang pelajar yang berlainan dan kajian tersebut dilakukan pada 2 sesi pembelajaran seminggu.

METODOLOGI :
2 pelajar dipanggil secara sukarela untuk menulis satu karangan/penulisan/cerita dalam sesuatu topik kemudian mereka akan bertukar-tukar penulisan tersebut dan membacakannya (penulisan pasangannya). Mereka dikehendaki mengenalpasti dan menyatakan kesalahan di dalam penulisan tersebut iaitu kesalahan yang telah dibuat oleh rakan mereka tersebut. Seterusnya memberikan cadangan untuk penambahbaik. Selepas itu, pengkaji akan memberi borang kaji selidik kepada kedua-dua pelajar tersebut.

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA :
  1. Pemerhatian iaitu sebelum dan selepas kajian dilakukan dari segi emosi dan tumpuan pelajar.
  2. Penulisan pelajar iaitu perubahan tahap penulisan sebelum dan selepas kajian dilakukan dari segi mekanikal seperti kesilapan huruf/ejaan dan dari juga segi isi penulisan.
  3. Temubual guru iaitu untuk mengetahui sama ada guru dapat menerima kaedah ini dan membantu guru tersebut.
  4. Pandangan pelajar iaitu pandangan pelajar sebelum dan selepas menggunakan kaedah ini.
ETIKA KAJIAN :
  1. Dilakukan secara sukarela sUpaya pelajar tidak akan berasa tidak puas hati dengan komen-komen yang diberi oleh rakan mereka.
      2.   Pelajar perlu memberi komen yang positif dan negatif supaya tidak berlaku bias.

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 10 : TUGASAN BUKU

TAJUK : TEACHER ACTION RESEARCH : BUILDING KNOWLEDGE DEMOCRACIES
PENGARANG : GERALD J. PINE
TERBITAN : SAGE PUBLICATIONS
TAHUN TERBITAN : 2009

1) MAKSUD KAJIAN TINDAKAN.

Menurut penulis, kajian tindakan adalah suatu paradigma, bukannya kaedah. Sebagai suatu paradigma, kajian tindakan ialah suatu konseptual, sosial, falsafah dan struktur budaya untuk melakukan penyelidikan yang mana ianya merangkumi pelbagai kaedah penyelidikan dan struktur penyiasatan.
Ianya juga suatu proses untuk menyiasat suatu masalah dan tindakan untuk menyelesaikannya.
Penulis juga menganggap guru ialah agen dan sumber menyusun semula atau penambahbaik sesuatu pendidikan, bukannya objek yang diperbetulkan/diperbaiki.

2)SEBAB GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

2.1. Untuk mengubah sesuatu amalan.
  • Mengubah amalan di dalam bilik darjah
  • Mengajar menggunakan proses-proses baru
  • Memahami tanggungjawab sebagai guru seperti memahami skill untuk meningkatkan pencapaian pelajar. 
  • Kesan kepada penstrukturan yang baru /berbeza
  • Membina hubungan yang profesional dengan rakan-rakan guru dn pelajar-pelajar.
  • Mencari jawapan kepada sesuatu permasalahan.
 2.2. Kesan atau hasil kepada guru.
  • Membantu guru membina pedagogi yang bermakna. contohnya, pegalamanguru selama 1-5 tahun membuatkan guru belajar untuk menjadikan kajian tindakan sebagai suatu amalan.

3) BILA KAJIAN TINDAKAN INI DILAKUKAN?

• Apabila berlaku sesuatu permasalahan yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan persekitaran di sekolah..
• Apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem sedia ada.


4) BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DILAKUKAN?

• Mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
• Mengetahui / merancang apa yang ingin dikaji.
• Membuat eksperimen atau survey untuk kajian tersebut.
• Melakukan pengumpulan dan penganalisissan data.


5) MENGUMPUL DAN ANALISIS DATA  

        Pengumpulan data
  • Data  kualitatif - Pendekatan am untuk mendapatkan maklumat. Data ini biasanya diperolehi dengan membuat soalselidik, pemerhatian dan lain-lain.
  • Data kuantitatif - Berbentuk angka dan biasanya dinyatakan dalam bentuk statistik
        Penganalisisan data
  • Triangulate data  
  • Membentuk pendekatan yang sistematik   
  • Melihat semula maklumat selepas ianya dikodkan untuk kenalpasti kekerapan yang tepat, komen yang luar biasa, peristiwa atau tingkahlaku yang menarik minat anda  
  • Periksa dan study data bberapa kali  
  • Mengadakan perbincangan dengan rakan  
  • Perbincangan dengan melibatkan pelajar anda  
  • Ada masa untuk berehat  
  • Periksa dan study data beberapa kali  
  • Bina persembahan secara visual apa yang anda perolehi/dapat.   

6) MODEL KAJIAN TINDAKAN




Tujuan kajian tindakan ialah  untuk memperbaiki dan melibatkan diri. Selain itu untuk memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion guru. Matlamat yang hendak dicapai dengan kajian tindakan ialah memperbaiki, mendalami dan memahami sesuatu amalan. 

     Ianya dilakukan dalam 4 fasa iaitu mereflek, merancang, melaksana dan menilai/memerhati. Kitaran ini boleh bermula dengan mana-mana fasa dan ianya berlaku secara berterusan. Ini bermakna apabila selesai sesuatu fasa atau kitaran, tidak bermakna ianya terhenti di situ tetapi ianya merupakan permulaan pada kitaran yang lain.




Tuesday, November 17, 2009

AKTIVITI 9 : Tugasan 4 - KT mini

Tajuk  " Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas."

.:: MATLAMAT ::.
Meningkatkan kefahaman pelajar berkeperluan khas dalam matapelajaran 
Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup.

.:: OBJEKTIF KAJIAN ::.
# Menilai penglibatan pelajar berkeperluan khas dalam matapelajaran 
Bahasa Melayu, Matematik dan Perdagangan.
# Menilai pencapaian akademik pelajar berkeperluan khas dalam matapelajaran 
Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup

.:: PERSOALAN KAJIAN ::.
# Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatka penglibatan pelajar?
# Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar?

AKTIVITI 8 : Tugasan 4 - KT mini

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN pada Mini Kajian yang bertajuk " Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas"


Pendapat Individu
Memperbanyakkan aktiviti yang lebih seronok serta melibatkan penggunaan ICT di dalam aktiviti tersebut.



Pendapat Kumpulan
  • Video yang pendek dan padat 
  • Grafik yang menarik dan bermakna 
  • Selang selikan grafik dan video dengan penerangan  
  • Menggunakan grafik dan video yang bersesuaian dengan isi pengajaran  

Pendapat Kumpulan Lain
  • Guru perlu sentiasa mempertingkatkan diri dengan kemahiran ICT
  • Guru perlu tahu menggunakan peralatan ICT secara keseluruhannya

AKTIVITI 7 : Tugasan 4 - KT mini

KELEMAHAN Mini Kajian yang bertajuk " Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas."


.::Pengalaman Secara Individu::.

  • Proses pengajaran dan pembelajaran banyak menggunakan chalk and talk.
  • Aktiviti yang dilakukan membosankan iaitu tiada kepelbagaian dan kurang menarik.
  • Kurang guru yang mengaplikasikan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran


.::Pengalaman Daripada Kumpulan::.

  • Memerlukan kemahiran yang tertentu 
  • Memerlukan peralatan-peralatan yang tertentu 
  • Ianya memakan atau mengambil masa yang lama 
  • Jika peralatan rosak - proses p n p yang dirancang tergendala 
  • Ada sesetengah video atau grafik tidak membantu atau tidak berkaitan dengan isi pengajaran  
  • Pelajar lebih berminat atau memberi perhatian pada grafik dan video, bukan pada isi pengajaran 


.::Pengalaman Daripada Kumpulan Lain.::
  • Terdapat guru yang tidak mahir dalam menggunakan peralatan
  • Video tidak dapat dibuka jika formatnya tidak sama