AN ACTION RESEARCH
EXPLORATION INTEGRATING STUDENT CHOICE AND ARTS ACTIVITIES IN SIXTH GRADE
SOCIAL STUDIES CLASSROOM oleh Courtney Kosky, West Virginia University.
1. Adakah
dengan menyatupadukan kesenian dengan pelajaran sosial di sekolah boleh
meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar?
2. Adakah
dengan meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar turut dapat meningkatkan
pencapaian akademik?
SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:
Pelajar tahun 6 di
Sekolah Profesional bekerjasama dengan tenaga pengajar Benedum.
METODOLOGI:
Pelajar telah
diberikan 3 projek untuk dilaksanakan. Pembentangan projek berdasarkan pilihan pelajar
sendiri dengan menggunakan elemen-elemen seni seperti membuat ilustrasi,
membuat cerita dongeng/teladan, lakonan, melukis komik, meyediakan kostum,
mencipta lagu dan sajak, membuat persembahan video/power point dan sebagainya.
PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:
- Jurnal guru – guru merekod mengenai bagaimana setiap aktiviti
berjalan pada setiap hari termasuk mengenai penglibatan pelajar di setiap
pelajaran dan aktiviti.
- Pelajar menilai dengan menggunakan skala 1-10 dan memberi
maklumbalas.
- Memberi penilaian dan rubric
melalui kuiz, ujian dan lembaran kerja dan lain-lain.
- Tinjauan dngan guru member reflect terhadap pengajaran setiap
hari.
ETIKA KAJIAN:
Di dalam jurnal guru,
penglibatan pelajar direkod dengan memberi kadar atau nombor iaitu 1 untuk Low
(pelajar tidak termotivasi dan berminat di dalam kelas seperti tidak aktif atau
tidak menjadi sukarela), 2 untuk Average (pelajar berbincang dan menjawab soalan
tetapi tidak sepenuhnya terlibat dan tidak sepenuhnya berminat dengan aktiviti
dan 3 untuk High (Penglibatan sepenuhnya dan aktif).
RESULT :
Pelajar lebih berminat
kerana guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk mempersembahkan maklumat apa
yang mereka belajar.
Pencapaian akademik
pelajar turut meningkat dengan peningkatan penglibatan pelajar.
JURNAL 2:
TRANSFORMATION OF
TEACHER ATTITUDE AND APPROACH TO MATH INSTRUCTION THROUGH COLLABORATIVE ACTION
RRESEARCH oleh Patricia J. Bonner
Adakah transisi guru ke
arah pengajaran secara kolaboratif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam
matematik?
SAMPEL DAN SETTING
KAJIAN :
2 orang guru yang
mengajar matematik yang mengajar gred 5 di sekolah pinggir Bandar di Los Angelas.
METODOLOGI :
Pengkaji telah membuat 15 kali
perjumpaan dengan guru-guru tersebut. Antara perkara yang dibincangkan ialah:
- Perbincangan
tentang masalah penguasaan Matematik
- Analisis
keputusan ujian Matematik - pencapaian rendah membuktikan kurangnya
penguasaan pelajar dalam Matematik
- Tinjauan
literatur / artikel berkaitan dengan pedagogi - pengkaji menyuruh kedua
guru membaca dan menganalisis beberapa artikel tentang pedagogi dan
pelbagai pendekatan dalam P&P subjek Matematik.
- Tinjauan
beberapa strategi dalam proses pengajaran & pembelajaran untuk Matematik dalam artikel Educating Everybody's Children
- Tinjauan
artikel mengenai kajian tindakan
- Pengumpulan
data dan refleksi
- Rekod
komen dan tindak balas daripada pelajar
PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA :
- Temubual dengan guru (dalam bulan Jun) - soalan
berkaitan persepsi mereka tentang kajian tindakan dan cara pembelajaran
mereka
- Temubual dengan pelajar
- Jurnal dan refleksi guru
- Jurnal pelajar
- Rekod perjumpaan 15 kali dengan guru-guru
- Nota lapangan pengkaji - pemantauan kelas semasa
P&P
- Kajian kes yang ditulis oleh guru-guru tersebut semasa
simposium peringkat negeri
- School district proficiency
assessment test - Mathematics Application
Performance Assessment (MAPA)
- Temubual dengan guru-guru tersebut pada tahun
berikutnya (untuk melihat kelancaran perlaksanaan kajian)
ETIKA KAJIAN :
Guru memberi 20
soalan tentang asas matematik kepada pelajar yang mana pelajar yang mendapat
markah tinggi di ajar oleh Thelma dan markah rendah oleh Rosa. Thelma
menggunakan jurnal matematik dan perbincangan selepas pelajar tersebut membuat
jurnal dan membuat bagaimana penyelesaian masalah matematik tersebut. Manakala
Rosa menggunakan koperatif group dan memberikan permasalahan matematik 2/ 3 kali
seminggu. Pelajar akan menyelesaikan sendiri di rumah kemudian membincangkan
bersama kumpulan merea dan mempersembahkan kepada kelas bagaimana mereka
menyelesaikan maslaah matematik tersebut.
JURNAL 3 :
COLLABORATIVE
LEARNING & PEER REVIEWS IN SPECIAL EDUCATION oleh Rachael Hanson
PERSOALAN KAJIAN :
- Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat
meningkatkan penglibatan pelajar?
- Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat
meningkatkan pencapaian pelajar?
SAMPEL DAN SETTING
KAJIAN :
Setiap sesi
pembelajaran melibatkan 2 orang pelajar yang berlainan dan kajian tersebut
dilakukan pada 2 sesi pembelajaran seminggu.
METODOLOGI :
2 pelajar dipanggil
secara sukarela untuk menulis satu karangan/penulisan/cerita dalam sesuatu topik
kemudian mereka akan bertukar-tukar penulisan tersebut dan membacakannya
(penulisan pasangannya). Mereka dikehendaki mengenalpasti dan menyatakan
kesalahan di dalam penulisan tersebut iaitu kesalahan yang telah dibuat oleh
rakan mereka tersebut. Seterusnya memberikan cadangan untuk penambahbaik. Selepas
itu, pengkaji akan memberi borang kaji selidik kepada kedua-dua pelajar
tersebut.
PENGUMPULAN DAN
ANALISIS DATA :
- Pemerhatian iaitu sebelum dan selepas kajian dilakukan dari segi
emosi dan tumpuan pelajar.
- Penulisan pelajar iaitu perubahan tahap penulisan sebelum dan
selepas kajian dilakukan dari segi mekanikal seperti kesilapan huruf/ejaan
dan dari juga segi isi penulisan.
- Temubual guru iaitu untuk mengetahui sama ada guru dapat menerima
kaedah ini dan membantu guru tersebut.
- Pandangan pelajar iaitu pandangan pelajar sebelum dan selepas
menggunakan kaedah ini.
ETIKA KAJIAN :
- Dilakukan secara sukarela sUpaya pelajar tidak akan berasa tidak puas hati dengan komen-komen yang diberi oleh rakan mereka.
2.
Pelajar perlu memberi komen
yang positif dan negatif supaya tidak berlaku bias.
No comments:
Post a Comment