Setelah
di murnikan, kami telah menukar tajuk daripada "PENGGUNAAN GRAFIK DAN
VIDEO DAN SUBJEK BAHASA MELAYU, MATEMATIK DAN KEMAHIRAN HIDUP" kepada
"GRAFIK DAN VIDEO DALAM PROSES PnP DI DALAM KELAS"..
Kami juga membuang perkataan matapelajaran yang akan kami nilai kepada proses PnP kerana ianya lebih jelas dan umum.
Tajuk :
“Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam bilik Darjah.”
.:: PERMASALAHAN KAJIAN ::.
Cara
pengajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup yang
konvensional agak membosankan pelajar. Kebiasaannya guru memperbetulkan
kesalahan yang dibuat oleh pelajar di dalam buku kerja dan hanya
pelajar pelajar tersebut sahaja yang mengetahui kesalahan yang telah
dilakukan. Jadi, dengan menggunakan grafik dan gambar menjadikan
pengajaran lebih menarik dan merangsang deria penglihatan, pendengaran
serta minda pelajar. Pembelajaran lebih bersifat perbincangan dan
disertakan dengan grafik-grafik menarik supaya pelajar tidak mudah
bosan.
.:: MATLAMAT ::.
Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup.
.:: OBJEKTIF KAJIAN ::.
Menilai penglibatan secara aktif di dalam kelas semasa matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup
Menilai pencapaian akademik pelajar meningkat dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup
.:: PERSOALAN KAJIAN ::.
Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatkan penglibatan pelajar?
Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar?
.:: SAMPEL KAJIAN ::.
Pelajar dalam kelas Matematik, Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup
.:: SETTING KAJIAN ::.
Di dalam bilik darjah
No comments:
Post a Comment