Mengapa guru novis/pelatih/berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan?
KERANA:
1) Kerjaya sebagai guru adalah sangat mencabar, oleh itu, dengan membuat kajian tindakan, guru novis mampu untuk memahami keadaan yang sebenar disamping dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
2) Apabila seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, maka secara tidak langsung kerjaya guru di pandang tinggi dan dihormati. Di samping itu dapat meningkatkan lagi martabat seorang guru serta meningkatkan lagi mutu pendidikan seiring dengan falsafah pendidikan Negara iaitu JERI.
3) Guru sebagai penyampai maklumat kepada pelajar dan masyarakat. Oleh itu, guru perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta informasi yang terkini.
Grafik dan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar berkeperluan khas.
Faktor pemilihan kajian :
Cara pengajaran secara konvensional agak membosankan pelajar. Oleh itu, dengan menggunakan grafik dan video menjadikan pengajaran lebih menarik dan merangsang deria penglihatan, pendengaran serta minda pelajar. Pembelajaran lebih bersifat perbincangan dan disertakan dengan grafik-grafik menarik supaya pelajar tidak mudah bosan.
Peserta kajian :
1 kelas bagi pengajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup
COLLABORATIVE LEARNING & PEER REVIEWS IN SPECIAL EDUCATION oleh Rachael Hanson
Masalah Kajian :
- Melihat keberkesanan pembelajaran secara bersama-sama dengan bantuan rakan sebaya dalam meningkatkan prestasi akademik & tahap penguasaan pelajar di dalam penulisan.
- Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan penglibatan pelajar?
- Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan pencapaian pelajar?
EVALUATION OF A K-5MATHEMATIC PROGRAM WHICH INTEGRATED CHILDREN’S LITERATURE: CLASSROOM ENVIRONMENT AND ATTITUDES Masalah Kajian : - Kajian ini untuk menentukan atau mengkaji tahap keberkesanan PROJEK SMILE (Science and Mathematics Integrated with Literacy Experiences) mempengaruhi perlaksanaan persekitaran bilik darjah dan perilaku atau tingkahlaku pelajar secara positif.
USING OPPORTUNITIES TO RESPOND IN A GENERAL EDUCATION CLASSROOM : A CASE STUDY. Oleh Todd Haydon, G. Richmond Mancil and Christopher Van Loan
Masalah Kajian :
- melihat perubahan atau peningkatan bilangan pelajar yang mengambil bahagian dan memberi respon ketika guru memberi peluang kepada meraka untuk bertindak balas.
- apabila guru meningkatkan peluang kepada mereka untuk bertindak balas, pelajar yang menjawab dan memberi respon yang betul juga meningkat manakala pelajar yang suka menganggu pelajar lain berkurangan.
Menurut buku Teacher Action Research : Building Knowledge Democracies oleh Gerald J. Pine.
Kajian tindakan ialah suatu proses untuk menyiasat suatu masalah dan tindakan untuk menyelesaikannya.
Dengan kata lain mengkaji sesuatu situasi permasalahan secara sistematik iaitu mengikut prosedur yang spesifik dan melakukan tindakan untuk mengubah situasi tersebut /menyelesaikannya secara berterusan. Penulis
juga menganggap guru ialah agen untuk membuat pembaharuan. Ianya bersifat kolaboratif, melibatkan penglibatan pelbagai pihak dan menerima maklumat daripada pelbagai sumber. Ia juga menganggap guru dapat meningkatkan penglibatan secara berterusan dalam mengubah dan mempelbagaikan konteks.
TAJUK : TEACHER ACTION RESEARCH : BUILDING KNOWLEDGE DEMOCRACIES
PENGARANG : GERALD J. PINE
TERBITAN : SAGE PUBLICATIONS
TAHUN TERBITAN : 2009
1) MAKSUD KAJIAN TINDAKAN.
Menurut penulis, kajian tindakan adalah suatu paradigma, bukannya kaedah. Sebagai suatu paradigma, kajian tindakan ialah suatu konseptual, sosial, falsafah dan struktur budaya untuk melakukan penyelidikan yang mana ianya merangkumi pelbagai kaedah penyelidikan dan struktur penyiasatan.
Ianya juga suatu proses untuk menyiasat suatu masalah dan tindakan untuk menyelesaikannya.
Penulis juga menganggap guru ialah agen dan sumber menyusun semula atau penambahbaik sesuatu pendidikan, bukannya objek yang diperbetulkan/diperbaiki.
2)SEBAB GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
2.1. Untuk mengubah sesuatu amalan.
Mengubah amalan di dalam bilik darjah
Mengajar menggunakan proses-proses baru
Memahami tanggungjawab sebagai guru seperti memahami skill untuk meningkatkan pencapaian pelajar.
Kesan kepada penstrukturan yang baru /berbeza
Membina hubungan yang profesional dengan rakan-rakan guru dn pelajar-pelajar.
Mencari jawapan kepada sesuatu permasalahan.
2.2. Kesan atau hasil kepada guru.
Membantu guru membina pedagogi yang bermakna. contohnya, pegalamanguru selama 1-5 tahun membuatkan guru belajar untuk menjadikan kajian tindakan sebagai suatu amalan.
3) BILA KAJIAN TINDAKAN INI DILAKUKAN?
• Apabila berlaku sesuatu permasalahan. • Apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem sedia ada.
4) BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DILAKUKAN? • Mengikut prosedur yang telah ditetapkan. • Mengetahui / merancang apa yang ingin dikaji. • Membuat eksperimen atau survey untuk kajian tersebut. • Melakukan pengumpulan dan penganalisissan data.
5) MENGUMPUL DAN ANALISIS DATA
Triangulate data
Membentuk pendekatan yang sistematik
Melihat semula maklumat selepas ianya dikodkan untuk kenalpasti kekerapan yang tepat, komen yang luar biasa, peristiwa atau tingkahlaku yang menarik minat anda
Periksa dan study data bberapa kali
Mengadakan perbincangan dengan rakan
Perbincangan dengan melibatkan pelajar anda
Ada masa untuk berehat
Periksa dan study data beberapa kali
Bina persembahan secara visual apa yang anda perolehi/dapat.
AN ACTION RESEARCH
EXPLORATION INTEGRATING STUDENT CHOICE AND ARTS ACTIVITIES IN SIXTH GRADE
SOCIAL STUDIES CLASSROOM oleh Courtney Kosky, West Virginia University.
PERSOALAN KAJIAN :
1.Adakah
dengan menyatupadukan kesenian dengan pelajaran sosial di sekolah boleh
meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar?
2.Adakah
dengan meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar turut dapat meningkatkan
pencapaian akademik?
SAMPEL DAN SETTING KAJIAN:
Pelajar tahun 6 di
Sekolah Profesional bekerjasama dengan tenaga pengajar Benedum.
METODOLOGI:
Pelajar telah
diberikan 3 projek untuk dilaksanakan. Pembentangan projek berdasarkan pilihan pelajar
sendiri dengan menggunakan elemen-elemen seni seperti membuat ilustrasi,
membuat cerita dongeng/teladan, lakonan, melukis komik, meyediakan kostum,
mencipta lagu dan sajak, membuat persembahan video/power point dan sebagainya.
PENGUMPULAN & ANALISIS DATA:
Jurnal guru – guru merekod mengenai bagaimana setiap aktiviti
berjalan pada setiap hari termasuk mengenai penglibatan pelajar di setiap
pelajaran dan aktiviti.
Pelajar menilai dengan menggunakan skala 1-10 dan memberi
maklumbalas.
Memberi penilaian dan rubric
melalui kuiz, ujian dan lembaran kerja dan lain-lain.
Tinjauan dngan guru member reflect terhadap pengajaran setiap
hari.
ETIKA KAJIAN:
Di dalam jurnal guru,
penglibatan pelajar direkod dengan memberi kadar atau nombor iaitu 1 untuk Low
(pelajar tidak termotivasi dan berminat di dalam kelas seperti tidak aktif atau
tidak menjadi sukarela), 2 untuk Average (pelajar berbincang dan menjawab soalan
tetapi tidak sepenuhnya terlibat dan tidak sepenuhnya berminat dengan aktiviti
dan 3 untuk High (Penglibatan sepenuhnya dan aktif).
RESULT :
Pelajar lebih berminat
kerana guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk mempersembahkan maklumat apa
yang mereka belajar.
Pencapaian akademik
pelajar turut meningkat dengan peningkatan penglibatan pelajar.
JURNAL 2:
TRANSFORMATION OF
TEACHER ATTITUDE AND APPROACH TO MATH INSTRUCTION THROUGH COLLABORATIVE ACTION
RRESEARCH oleh Patricia J. Bonner
PERSOALAN KAJIAN :
Adakah transisi guru ke
arah pengajaran secara kolaboratif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam
matematik?
SAMPEL DAN SETTING
KAJIAN :
2 orang guru yang
mengajar matematik yang mengajar gred 5 di sekolah pinggir Bandar di Los Angelas.
METODOLOGI :
Pengkaji telah membuat 15 kali
perjumpaan dengan guru-guru tersebut. Antara perkara yang dibincangkan ialah:
Perbincangan
tentang masalah penguasaan Matematik
Analisis
keputusan ujian Matematik - pencapaian rendah membuktikan kurangnya
penguasaan pelajar dalam Matematik
Tinjauan
literatur / artikel berkaitan dengan pedagogi - pengkaji menyuruh kedua
guru membaca dan menganalisis beberapa artikel tentang pedagogi dan
pelbagai pendekatan dalam P&P subjek Matematik.
Tinjauan
beberapa strategi dalam proses pengajaran & pembelajaran untuk Matematik dalam artikel Educating Everybody's Children
Tinjauan
artikel mengenai kajian tindakan
Pengumpulan
data dan refleksi
Rekod
komen dan tindak balas daripada pelajar
PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA :
Temubual dengan guru (dalam bulan Jun) - soalan
berkaitan persepsi mereka tentang kajian tindakan dan cara pembelajaran
mereka
Temubual dengan pelajar
Jurnal dan refleksi guru
Jurnal pelajar
Rekod perjumpaan 15 kali dengan guru-guru
Nota lapangan pengkaji - pemantauan kelas semasa
P&P
Kajian kes yang ditulis oleh guru-guru tersebut semasa
simposium peringkat negeri
School district proficiency
assessment test - Mathematics Application
Performance Assessment (MAPA)
Temubual dengan guru-guru tersebut pada tahun
berikutnya (untuk melihat kelancaran perlaksanaan kajian)
ETIKA KAJIAN :
Guru memberi 20
soalan tentang asas matematik kepada pelajar yang mana pelajar yang mendapat
markah tinggi di ajar oleh Thelma dan markah rendah oleh Rosa. Thelma
menggunakan jurnal matematik dan perbincangan selepas pelajar tersebut membuat
jurnal dan membuat bagaimana penyelesaian masalah matematik tersebut. Manakala
Rosa menggunakan koperatif group dan memberikan permasalahan matematik 2/ 3 kali
seminggu. Pelajar akan menyelesaikan sendiri di rumah kemudian membincangkan
bersama kumpulan merea dan mempersembahkan kepada kelas bagaimana mereka
menyelesaikan maslaah matematik tersebut.
JURNAL 3 :
COLLABORATIVE
LEARNING & PEER REVIEWS IN SPECIAL EDUCATION oleh Rachael Hanson
PERSOALAN KAJIAN :
Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat
meningkatkan penglibatan pelajar?
Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat
meningkatkan pencapaian pelajar?
SAMPEL DAN SETTING
KAJIAN :
Setiap sesi
pembelajaran melibatkan 2 orang pelajar yang berlainan dan kajian tersebut
dilakukan pada 2 sesi pembelajaran seminggu.
METODOLOGI :
2 pelajar dipanggil
secara sukarela untuk menulis satu karangan/penulisan/cerita dalam sesuatu topik
kemudian mereka akan bertukar-tukar penulisan tersebut dan membacakannya
(penulisan pasangannya). Mereka dikehendaki mengenalpasti dan menyatakan
kesalahan di dalam penulisan tersebut iaitu kesalahan yang telah dibuat oleh
rakan mereka tersebut. Seterusnya memberikan cadangan untuk penambahbaik. Selepas
itu, pengkaji akan memberi borang kaji selidik kepada kedua-dua pelajar
tersebut.
PENGUMPULAN DAN
ANALISIS DATA :
Pemerhatian iaitu sebelum dan selepas kajian dilakukan dari segi
emosi dan tumpuan pelajar.
Penulisan pelajar iaitu perubahan tahap penulisan sebelum dan
selepas kajian dilakukan dari segi mekanikal seperti kesilapan huruf/ejaan
dan dari juga segi isi penulisan.
Temubual guru iaitu untuk mengetahui sama ada guru dapat menerima
kaedah ini dan membantu guru tersebut.
Pandangan pelajar iaitu pandangan pelajar sebelum dan selepas
menggunakan kaedah ini.
ETIKA KAJIAN :
Dilakukan secara sukarela sUpaya pelajar tidak akan berasa tidak
puas hati dengan komen-komen yang diberi oleh rakan mereka.
Pelajar perlu memberi komen
yang positif dan negatif supaya tidak berlaku bias.
Secara
informal, di dalam kelas atau di mana sahaja kita sering melakukan
kajian untuk memutuskan sesuatu tindakan tertentu. Kajian sederhana dan
singkat ini dilakukan agar kita dapat mendapat suatu hasil yang baik
dan memuaskan.
Konsep Kajian Tindakan
Kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan dari perspektif orang dalam (insider perspective)
di mana penyelidik itu sendiri terlibat sebagai bahan kajian dalam
kajian yang hendak dilaksanakannya. Ini bermaksud, penyelidik melihat
kebolehan dirinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pelbagai
persoalan timbul tentang diri sendiri:
1.Adakah apa yang saya lakukan ini adalah betul?
2.Sejauh manakah kefahaman saya tentang sesuatu perkara, supaya saya dapat bertanggungjawab atas tindakan yang saya lakukan?
Dari
perspektif pendidikan, lazimnya kajian dibuat lebih menjurus ke arah
menambahbaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta
untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu
perkara. Kajian tindakan juga satu proses kajian inkuiri atau kajian
yang bersistematik. Kajian tindakan berbeza daripada kajian tradisional
kerana wujudnya pusingan atau kitaran, bersifat dinamik dan menggunakan
pendekatan secara kolaboratif dalam menjalankan penyiasatan kajian.
Kajian tindakan memerlukan kepada tindakan segera selepas kajian
dijalankan bagi menyelesaikan permasalahan.
Proses asas yang perlu ada dalam kajian tindakan merangkumi: