KONSEP DAN MODEL KAJIAN TINDAKAN
Secara
informal, di dalam kelas atau di mana sahaja kita sering melakukan
kajian untuk memutuskan sesuatu tindakan tertentu. Kajian sederhana dan
singkat ini dilakukan agar kita dapat mendapat suatu hasil yang baik
dan memuaskan.
Konsep Kajian Tindakan
Kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan dari perspektif orang dalam (insider perspective)
di mana penyelidik itu sendiri terlibat sebagai bahan kajian dalam
kajian yang hendak dilaksanakannya. Ini bermaksud, penyelidik melihat
kebolehan dirinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pelbagai
persoalan timbul tentang diri sendiri:
1. Adakah apa yang saya lakukan ini adalah betul?
2. Sejauh manakah kefahaman saya tentang sesuatu perkara, supaya saya dapat bertanggungjawab atas tindakan yang saya lakukan?
Dari
perspektif pendidikan, lazimnya kajian dibuat lebih menjurus ke arah
menambahbaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta
untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu
perkara. Kajian tindakan juga satu proses kajian inkuiri atau kajian
yang bersistematik. Kajian tindakan berbeza daripada kajian tradisional
kerana wujudnya pusingan atau kitaran, bersifat dinamik dan menggunakan
pendekatan secara kolaboratif dalam menjalankan penyiasatan kajian.
Kajian tindakan memerlukan kepada tindakan segera selepas kajian
dijalankan bagi menyelesaikan permasalahan.
Proses asas yang perlu ada dalam kajian tindakan merangkumi:
a. Reka bentuk kajian
b. Pengumpulan data
c. Analisis data
d. Hasil komunikasi
e. Mengambil tindakan
Model-Model Kajian Tindakan
1) Model Lewin's
2) Model McKernan's
3) Model Kemmis's
4) Model Ebbutt's
No comments:
Post a Comment