Sunday, November 8, 2009

AKTIVITI 1 : TUGASAN 1 BUKU

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN

Menurut buku Teacher Action Research : Building Knowledge Democracies oleh Gerald J. Pine. 
 
Kajian tindakan ialah suatu proses untuk menyiasat suatu masalah dan tindakan untuk menyelesaikannya.

Dengan kata lain mengkaji sesuatu situasi permasalahan secara sistematik iaitu mengikut prosedur yang spesifik dan melakukan tindakan untuk mengubah situasi tersebut /menyelesaikannya secara berterusan. 
Penulis juga menganggap guru ialah agen untuk membuat pembaharuan.
Ianya bersifat kolaboratif, melibatkan penglibatan pelbagai pihak dan menerima maklumat daripada pelbagai sumber. 
Ia juga menganggap guru dapat meningkatkan penglibatan secara berterusan dalam mengubah dan mempelbagaikan konteks.

No comments:

Post a Comment