Tuesday, November 17, 2009

AKTIVITI 9 : Tugasan 4 - KT mini

Tajuk  " Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas."

.:: MATLAMAT ::.
Meningkatkan kefahaman pelajar berkeperluan khas dalam matapelajaran 
Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup.

.:: OBJEKTIF KAJIAN ::.
# Menilai penglibatan pelajar berkeperluan khas dalam matapelajaran 
Bahasa Melayu, Matematik dan Perdagangan.
# Menilai pencapaian akademik pelajar berkeperluan khas dalam matapelajaran 
Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup

.:: PERSOALAN KAJIAN ::.
# Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatka penglibatan pelajar?
# Adakah pembelajaran menggunakan grafik dan video dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar?

AKTIVITI 8 : Tugasan 4 - KT mini

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN pada Mini Kajian yang bertajuk " Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas"


Pendapat Individu
Memperbanyakkan aktiviti yang lebih seronok serta melibatkan penggunaan ICT di dalam aktiviti tersebut.



Pendapat Kumpulan
  • Video yang pendek dan padat 
  • Grafik yang menarik dan bermakna 
  • Selang selikan grafik dan video dengan penerangan  
  • Menggunakan grafik dan video yang bersesuaian dengan isi pengajaran  

Pendapat Kumpulan Lain
  • Guru perlu sentiasa mempertingkatkan diri dengan kemahiran ICT
  • Guru perlu tahu menggunakan peralatan ICT secara keseluruhannya

AKTIVITI 7 : Tugasan 4 - KT mini

KELEMAHAN Mini Kajian yang bertajuk " Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas."


.::Pengalaman Secara Individu::.

  • Proses pengajaran dan pembelajaran banyak menggunakan chalk and talk.
  • Aktiviti yang dilakukan membosankan iaitu tiada kepelbagaian dan kurang menarik.
  • Kurang guru yang mengaplikasikan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran


.::Pengalaman Daripada Kumpulan::.

  • Memerlukan kemahiran yang tertentu 
  • Memerlukan peralatan-peralatan yang tertentu 
  • Ianya memakan atau mengambil masa yang lama 
  • Jika peralatan rosak - proses p n p yang dirancang tergendala 
  • Ada sesetengah video atau grafik tidak membantu atau tidak berkaitan dengan isi pengajaran  
  • Pelajar lebih berminat atau memberi perhatian pada grafik dan video, bukan pada isi pengajaran 


.::Pengalaman Daripada Kumpulan Lain.::
  • Terdapat guru yang tidak mahir dalam menggunakan peralatan
  • Video tidak dapat dibuka jika formatnya tidak sama




AKTIVITI 6 : Tugasan 4 -KT mini

KEKUATAN Mini Kajian yang bertajuk " Grafik Dan Video Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas."

Pandangan Individu

  • Pembelajaran yang aktif dapat menarik minat pelajar untuk pelajar
  • Aktiviti yang pelbagai dapat menarik minat pelajar
  • Guru perlu sentiasa mengikut peredaran zaman untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan




Pandangan Kumpulan

  • Pelajar tidak bosan dan tidak mengantuk 
  • Pelajar lebih berminat 
  • Pelajar lebih memberikan perhatian 
  • Pelajar termotivasi untuk belajar 
  • Pelajar lebih cepat dan mudah ingat.


Pandangan Daripada Kumpulan Lain

  • Menarik minat pelajar dengan aktiviti yang pelbagai bagi mengelakkan pelajar bosan
  • Pelajar sekarang sudah lebih terdedah dengan teknologi oleh itu guru perlu mengaplikasikan ICT di dalam pembelajaran







Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5 : TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

Mengapa guru novis/pelatih/berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan?

KERANA:
1) Kerjaya sebagai guru adalah sangat mencabar, oleh itu, dengan membuat kajian tindakan, guru novis mampu untuk memahami keadaan yang sebenar disamping dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
2) Apabila seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, maka secara tidak langsung kerjaya guru di pandang tinggi dan dihormati. Di samping itu dapat meningkatkan lagi martabat seorang guru serta meningkatkan lagi mutu pendidikan seiring dengan falsafah pendidikan Negara iaitu JERI.
3) Guru sebagai penyampai maklumat kepada pelajar dan masyarakat. Oleh itu, guru perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta informasi yang terkini.


AKTIVITI 4 : TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

Tajuk mini kajian tindakan :
Grafik dan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar berkeperluan khas.

Faktor pemilihan kajian :
Cara pengajaran secara konvensional agak membosankan pelajar. Oleh itu, dengan menggunakan grafik dan video menjadikan pengajaran lebih menarik dan merangsang deria penglihatan, pendengaran serta minda pelajar. Pembelajaran lebih bersifat perbincangan dan disertakan dengan grafik-grafik menarik supaya pelajar tidak mudah bosan. 

Peserta kajian :
1 kelas bagi pengajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup


Setting kajian :
Di dalam bilik darjah 


Sunday, November 8, 2009

AKTIVITI 2 : TUGASAN 2 JURNAL (Group)

COLLABORATIVE LEARNING & PEER REVIEWS IN SPECIAL EDUCATION oleh Rachael Hanson

Masalah Kajian :


- Melihat keberkesanan pembelajaran secara bersama-sama dengan bantuan rakan sebaya dalam meningkatkan prestasi akademik & tahap penguasaan pelajar di dalam penulisan.

- Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan penglibatan pelajar? 

- Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan pencapaian pelajar?


EVALUATION OF A K-5MATHEMATIC PROGRAM WHICH INTEGRATED CHILDREN’S LITERATURE: CLASSROOM ENVIRONMENT AND ATTITUDES
  
Masalah Kajian :
- Kajian ini untuk menentukan atau mengkaji tahap keberkesanan PROJEK SMILE (Science and Mathematics Integrated with Literacy Experiences) mempengaruhi perlaksanaan persekitaran bilik darjah dan perilaku atau tingkahlaku pelajar secara positif.


USING OPPORTUNITIES TO RESPOND IN A GENERAL EDUCATION CLASSROOM : A CASE STUDY. Oleh Todd Haydon, G. Richmond Mancil and Christopher Van Loan

Masalah Kajian :

- melihat perubahan atau peningkatan bilangan pelajar yang mengambil bahagian dan memberi respon ketika guru memberi peluang kepada meraka untuk bertindak balas.

- apabila guru meningkatkan peluang kepada mereka untuk bertindak balas, pelajar yang menjawab dan memberi respon yang betul juga meningkat manakala pelajar yang suka  menganggu pelajar lain berkurangan.